BAHAN-BAHANNYA
160 gram gula halus
15 gram ovallate
5 biji telur gred B
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair
CARA MEMBUATNYA
- Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu.
- Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kueh baulu.
- Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
- Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
- Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahu kan. Boleh dihidangkan…
utk cheese:
250 g cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis
- campur kedua2 bahan, pukul sebati
sapukan di tgh2 kek dan keseluruhan kek
kemudian parutkan keju cheddar ke seluruh kek
(memerlukan 1/2 buku cheddar cheese utk sebiji kek)
credit to : http://denuanza.blogspot.com





