Bun Manis Buttescotch atau Vanila

Bahan-bahanya

300gram tepung roti (tepung high protein)

50gram tepung gandum

2 sudu besar susu tepung@skim milk

2 sudu kecil esen vanila@butterscotch

1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)

40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin

1/2 sudu kecil garam

6gram yis atau 2 sudu kecil yis

120ml susu suam@air suam

3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver [ klik sini untuk resepi water roux ]

1 sudu kecil baking powder

3 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)

* untuk gliss*

ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik

esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, [ aku letak dalam loyang 8x8 ] pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.
  5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Credit to : syapex.blospot.com

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Buttermilk Moist Chocolate Cake

Bahan-bahan

150gm tepung gandum

200gm gula perang

25gm gula kaster

50gm serbuk koko

1/2 sudu teh serbuk penaik

1 biji telur saiz A

1/2 sudu teh garam

120ml buttermilk (120ml UHT whip cream + 1/2 sudu besar cuka makan / lemon jus, kacau hingga pekat)

120ml minyak masak

1 sudu teh esen vanilla

120ml air panas

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 150C. (Kek menggunakan suhu rendah).
  2. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun kecuali air mendidih.
  3. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam di rak tengah atau sehingga kek masak sepenuhnya.
  5. Cucuk kek dengan lidi. Jika masih melekat, tambahkan masa membakar 5-10 minit lagi, cucuk dengan lidi jika keluar bersih boleh lah di keluarkan dari oven.
  6. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias mengikut suka.

** Kek lebih sedap jika di biar semalaman suhu bilik. Boleh di hias dengan coklat ganache jika suka atau di makan begitu saja.

Credit to :syapex.blogspot.com

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Fruit Pastry Cake

Bahan-bahan:

113g/1 stick butter, at room temperature

1 cawan gula castor ~letak 180gm

50g sour cream ~ Gantikan dgn yogurt plain

1 teaspoon pure vanilla extract ~ esen vanila

Pinch of salt

1 teaspoon orange zest

3 large eggs, at room temperature

210g plain flour

1 teaspoon baking powder

500g buahan segar (I usestrawberries, handful of

blueberries, mandarin orange and canned peach

slices)

Cara-caranya:

* Place cuts fruits in a strainer and sprinkle with 2 tbsp of sugar
* Pre-heat oven to 350 degree F. Butter a baking pan (8″ tin)
* Cream butter, sugar and sour cream together until creamy.
* Add eggs one at a time and beat well.
* Add vanilla, flour, baking powder and zest until everything combined
* Pour batter into a baking pan and smooth the top. Place fruits on top
* Bake for 50-60 minutes or until cake is done.
* Cool and serve

Credit to :  daridapurkecah.blogspot.com 

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Kek Paun Epal

Bahan-bahan:

220g mentega (suhu bilik)

170g gula

3 biji telur saiz A (anggaran 210g) – asingkan putih dan kuning telur

1 sudu kecil esen vanilla

180g tepung gandum

30g tepung jagung

1 sudu kecil baking powder

250g epal hijau atau merah - kupas, potong kiub dan gaul dengan 1 1/2 sudu besar jus lemon

Parutan kulit lemon dari sebiji lemon

Cara-cara:

  1. Gris loyang bundt berukuran 9 inci dengan mentega. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim, ringan dan gebu. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Selepas itu, masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga adunan ringan dan gebu.
  4. Satukan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder dan ayak ke dalam adunan. Kacau dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula.
  5. Akhir sekali, masukkan epal yang dipotong kiub tadi dan parutan kulit lemon. Kacau sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35-40 minit* atau sehingga masak sempurna.
  7. Sejukkan kek di dalam loyang selama30 minit sebelum dikeluarkan dan dipotong.  
  8. *Saya guna bekas silikon untuk bakar kek. Selepas 40 minit, bahagian tengah kek masih tak masak. Saya sambung bakar selama 25 minit lagi pada suhu 170C sampai kek betul-betul masak.

credit to : greyblue89.blogspot.com

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Kuih Lapis Labu

Bahan A

2 cawan air

1 1/4 cwn gula halus

1/2 sudu kecil garam

2 helai daun pandan-disimpul

Bahan B

2 cawan tepung gandum

1/2 cwn tepung beras

1/4 cwn tepung jagung

2 cawan santan pekat

2 cawan air

Bahan C

1/2 cwn santan pekat

Bahan D

1 cawan labu-( yg telah di rebus dan di lecek halus)

Cara Penyediaan Adunan.

  1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B.
  3. Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan D(labu).
  5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.

Cara Masak Kuih.

  1. Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Masukkan adunan D(labu) dan kukus selama 5-7 minit.
  3. Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit.
  4. Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik.

Credit to : annurbeauty.blogspot.com

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Puding Tembikai

Bahan-Bahan:

1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm)

2 keping roti gardenia *

6 cawan air (4cwn air)

1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)

1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *

1 cawan susu cair (sy tambah) *

2 sudu besar mentega

1 sudu kecil esen vanila

cincau dipotong kecil

sedikit pewarna hijau /merah

Cara-Cara:

  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus.
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit.
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikaiBiar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Credit to : nicemamaforever.blogspot.com

Comments

comments

Powered by Facebook Comments