Puding Roti Coklat Chip dengan Sos kastard Oren

Bahan-Bahan

6 keping Roti

250 ml Susu cair

2 sudu makan Gula halus

1 sudu makan mentega- cairkan

2 biji Telur

1 sudu teh Esen vanilla

1/2 sudu teh serbuk cinnamon

1 sudu besar Kismis

2 sudu makan coklat chip

1 sudu makan ceri merah – didadu

1/2 sudu makan gula perang

Sos kastard

125 ml susu cair

100 ml air

2 sudu makan sunquick oren

1 sudu makan susu pekat [ kalau kurang manis tambah lagi ]

1/2 sudu makan tepung kastard

Cara-Cara

  1. Gris loyang dan carik-carikkan roti.
  2. Dalam bekas besar, pukul telur dan gula sampai kembang.
  3. Kemudian masukkan susu, mentega cair, essen vanilla dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan roti yang telah dicarikkan ke dalam bekas tersebut. Rendam seketika.
  5. Masukkan separuh adunan roti yang direndam tadi kedalam loyang. Kemudian tabur coklat chip dan masukan adunan selebihnya.
  6. Taburkan kismis dan ceri merah diatas adunan. Kemudian tabur gula perang.
  7. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  8. Untuk sos kastard oren, campur dan kacau rata semua bahan sos kastard dan masak atas api sederhana sehingga pekat. Pastikan kacau selalu. Bila dah pekat tutup api
  9. Sejukkan dan sedia di hidang bersama puding.

credit to : syapex.blogspot.com

Comments

comments

Powered by Facebook Comments