Resepi Kek keju Oreo

Bahan bahan:

1 pek biskut Oreo di bahagikan

1/3 cawan mentega atau marjerin, dicairkan

3 pek keju krim philadelphia, dilembutkan

3/4 cawan gula

1 cawan krim masam

1 sudu teh vanilla

4 biji telur

Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven sehingga suhu 350 darjah farenhight untuk acuan springform warna perak atau 325F untuk acuan tidak melekat springform warna hitam saiz 9 inci. Hancurkan 30 keping biskut Oreo hingga halus. Potong 15 keping baki biskut menjadi kepingan kecil. Gaul sehingga rata biskut yang hancur dengan mentega. Padatkan adunan atas acuan kek keju hingga 2 inci.

2. Pukul keju krim dan gula dalam mangkuk besar dengan pengadun elektrik berkelajuan sederhana sehingga kembang. Kemudian tambahkan krim masam dan vanilla. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul dengan kelajuan rendah sehingga semua bahan menjadi sebati.

3. Masukkan biskut yang dihancurkan dan kacaudengan perlahan. Tuangkan adunan kek kedalam lapisan biskut yang telah disediakan. Bakar selama 55 minit sehingga satu jam, atau sehingga kek sudah terbentuk dan balut dengan kertas timah pada 15-20 minit yang terakhir. Sejukkan kek di redai kuih.

4. Masukkan kedalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam.

credit to : iresepi.net

Comments

comments

Powered by Facebook Comments