Resepi Swiss Roll Zirafah

Hari ni jom kita tengok macam mane nak buat Swiss Roll Zirafah.Nampak cam lawa je kek ni..

  • Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc
  • Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak
  • Sapukan atau griskan loyang dengan butter
  • Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di dalam loyang.
  • Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak apabila kertas minyak di tanggalkan.
  • Setelah siap ketepikan

Proses untuk menyediakan kek.
Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat.

Peringkat pertama
Adunan Coklat

Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:Satukan gula dan telur.Kemudian pukul sehingga adunan berkrim.Tambahkan esen vanilla air dan minyak.Pukul adunan hingga sebati kemudian tambahkan tepung dan kaup balik adunan hingga rata.Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah.Setelah siap ketepikan.

Sekarang kita buat pula adunan putih telur.

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan B ini akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan sediakan Bahan C yang akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan A dan Bahan B.

Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco.

Cara-caranya :

  1. Pukul putih telur hingga berbuih.Kemudian tambahkan cream of tartar dan Gula kaster.
  2. Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak).
  3. Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
  4. Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
  5. Tambahkan serbuk koko dari Bahan C dan juga tambahkan juga coklat emulco.
  6. Kemudian dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan

Selesailah proses pringkat pertama.Sekarang kita  beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah.

Peringkat ke dua

Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi.

Cara-caranya:

  1. Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak)
  2. Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati
  3. Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
  4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag.

 Peringkat ke tiga(Melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek).

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah.
  2. Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi.
  3. Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja.
  4. Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula adunan coklat tadi.
  5. Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang.
  6. Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek di masak dengan sempurna.
  7. Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.

Peringkat ke empat.

Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka

Cara-caranya :

  1. Putar krim putar bukan tenusu / Non Dairy Whipping Cream sehingga kental / kaku ( softpeak).
  2. Letakkan kek di atas sekeping kertas minyak dengan corak zirafah di sebelah bawah.Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan
  3. Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi.
  4. Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder
  5. Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.

 

credit to : azlita @masam manis./kongsiresepi.com

Comments

comments

Powered by Facebook Comments